Coretan...

Sebagai hamba-Nya,
jangan sesekali kita lupa, kita alpa dengan nikmat dunia yang pasti dan sudah pasti hanya sementara.....
apa guna kita dekat dengan RASUAH kerna yang HARAM tiada rasa nikmat dan berkatnya...percayalah...sebaliknya akan ada perkara musibah menimpa diri, keluarga, masyarakat dan negara...

Sebagai hamba-Nya,
jangan kita lupa seruan ke arah amar makruf nahi munkar untuk kita menghuni syurga-Nya yang tidak dapat digambar betapa indah dan asyik keindahan dan nikmat SYURGA ALLAH....

Sebagai hamba-Nya,
sentiasalah bersyukur....tidak berat untuk melafakan 'Alhamdulillah' tapi ramai dari kita yang tidak ingat maka tidak hairan makin ramai yang tersesat terjerumus dalam kancah maksiat....


Meor (YOP) semakin tua....:)





Erm...hari ni 8 Januari 2010 genaplah sudah usia 20 tahun Meor Fakhrullah Abd. Jalill (PISMP PIAQ Sem.1 IPG Kampus Darulaman)...siang semakin CERAH, malam semakin KELAM...tgk2 umur dia dah menjangkau 20 tahun...semakin tua semakin dkat kpd MATI...:) k, kpd MEOR, Salam Aidul Milaadi, Epi Birtday, Selamat Hari Lahir...kurangkan wt keje2.....(tuuuuut)..hanya yg berkenaan mengetahuinya).....



Yang pakai bju hijau pucuk pisang 2 yg burfday boy...sebelah g RAJA #@* hehe..





Aku sudah tua, kulit makin.....(biar tuan punya badan yg memilih jawapan yg tersedia)
a) kedut
b) cerah (dgn menggunakan fair & lovely), cerah dlm masa seminggu...haha
c) hitam metalit walaupun telah menggunakan pencerah kulit wajah...

 
 
erm...ni masak bukan utk meor pon....nti perasan plak owg masak utk dia kn...
elaun xmasok g...xdpt beli tepung nk baling...

 

SELAMAT TAHUN BAHARU

Salam...kepada semua rakan yang mengenali diri ini...ambo nk ucap slamat tahun baharu kepada anda semua, semoga tahun baharu ini posisi nasib diri masing2 lebih baik dari sebelum2nya....ada azam baharu, semangat yg membuak2 tambah2 kpd kwn2 yg baru saja berjaya melangkah ke alam dunia Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)...tahniah...seperti kata Wahid Senario dlm Melodi...Kurangkan Kontrovesi, tingkatkan prestasi...k good luck sume...

Nogoqi Sombilan menang Piala Malaysia

Amanat kapten N. Sembilan

KAPTEN Reezal Zambery Yahya mahukan rekod bersih yang dicipta Negeri Sembilan sepan- jang kempen Piala Malaysia dikekalkan apabila mereka membuat perhitungan dengan Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Reezal berkata, dia sudah bertekad untuk membawa Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Kami tidak boleh mensia-siakan peluang keemasan ini untuk menutup musim 2009 dengan kejayaan.
"Ini merupakan medan terbaik buat pemain- pemain Negeri Sembilan membuktikan mereka layak menggapai Piala Malaysia yang diidamkan selama ini," katanya.
Reezal menambah, dia juga tidak merasakan pemain-pemain Negeri Sembilan akan tertekan dengan kehadiran penyokong Kelantan yang akan membanjiri Stadium Nasional malam ini.
Katanya, dua kemenangan yang dicatat Negeri Sembilan apabila berkunjung ke Kelantan pada saingan Liga Super sebelum ini harus dijadikan sebagai pembakar semangat.
"Kejayaan di gelanggang lawan sebelum ini boleh dianggap sebagai tonik terbaik untuk kami menghadapi Kelantan nanti," katanya.


 Negeri Sembilan sudah menggapai Piala Malaysia dgn keputusan 3 - 1

Negeri Sembilan julang Piala Malaysia musim ini


KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.

Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.

Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.


Latihan yang gigih Negeri Sembilan membuahkan hasil

Drama Nur Kasih di TV3 Semakin Hangat!!!




Ha....drama bersiri di TV3 yg dahulunya ramai kurang tertarik, tapi skang ni kawan sy dah kena 'virus' Nur Kasih dah....ramai yg meluat watak Sarah...maknanya lakonan owg berkesan la nmpaknya...jaga2 kadang2 owg meluat fanatik mereka benci sampai ke luar drama......Pelbagai konflik yg berlaku menjadika drama ni HOT!!! dan seronok utk ditonton...jgn terlepas peluang saksikan Nur Kasih setiap Jumaat jam 9.00 malam ...dengarnya orang Singapore pun sudah jadi 'gila' kena serangan 'virus' Khabir Bhatia...sekali tegok ada owg yg susah nk bangun dr tempat duduk...

Kepada mereka yg singgah ke laman ini...apa pandangan anda mengenai drama ini?


Kursus Penghasilan Ban dan Pizza

Tajuk:  Kursus Penghasilan Ban dan Pizza
Tarikh: 07/1/2009
Hari:  Sabtu

Tempat:  Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
Pengajar:  Pn. Shamsiah
Kehadiran: 30 orang

Ha....kali ni kami p lg kursus memasak.  Kali ni masak ban n pizza plak...syoknye ikot kursus ni di Kolej Komuniti ni adalah kita boleh buat sekali bukan macam sesetengah kursus memasak tu kita hanya jd pemerhati saja bukannye sebagai tukang masak...erm...kalau 6/11/2009 hari tu kami masak sama2 kami ja, kali ni kami masak dengan mak cik2....lagi kecoh dapur tue...maklumlah tengok kerenah diorang mencuit hati....hahahaha...Cikgu yg ajar buat ban n pizza kali ni namanya Pn. Shamsiah yg juga bekas peserta kursus pendek di Kolej Komuniti dan kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dan secara tidak langsung kini menjadi sebahagian tenaga pengajar di Kolej Komuniti Bandar Darulaman....Siapa kata owg laki2 xpandai masak...silap la tu..koz bila tgk balik ban2 yg ciap, ban kumpulan kami yg terdiri dr 6 org budak lagi n sorang kak yg bernama Kak Shatirah...budak pompuan lain banyaknya amik ban kami utk bergambor...hahaha...sempoi tuh..

Juara Gadis Melayu TV9 Musim ke-2






Salam...Tahniah le kpd Fiqa yg telah dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu TV9 Musim ke-2 yg baru melabuhkan tirainya pada 5 November yg lalu....sy xtengok pon final secara lgsung...sempat tgk online ja...Apa2 pon tahniah dan pikullah amanah tersebut sebaik mungkin sebagai gadis Melayu dan yg paling penting sebagai hamba-Nya.  Bertudung itu cantik maka peliharalah dan kekalkanlah.  Persembahan yg menyentuh kalbu...


PROFIL SANG JUARA

Nama Komersial: Fiqa
Umur : 20 tahun
Asal : Parit Buntar, Perak 
Kerjaya : Pelajar IPTA (UKM)
Keunikan dan Kelebihan Diri:
* Seorang yang lemah lembut, bijak berkomunikasi, menyimpan cita-cita menjadi ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.


Tempat Lahir: Kuantan, Pahang
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1985
Tinggi/Berat: 158sm/ 47kg
Adik-beradik: Anak ketiga daripada sembilan beradik
Akademik: Ijazah Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Kedah
Pencapaian: Juara program Gadis Melayu TV9 Musim Pertama