Amanat kapten N. Sembilan
KAPTEN Reezal Zambery Yahya mahukan rekod bersih yang dicipta Negeri Sembilan sepan- jang kempen Piala Malaysia dikekalkan apabila mereka membuat perhitungan dengan Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Reezal berkata, dia sudah bertekad untuk membawa Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Kami tidak boleh mensia-siakan peluang keemasan ini untuk menutup musim 2009 dengan kejayaan.
"Ini merupakan medan terbaik buat pemain- pemain Negeri Sembilan membuktikan mereka layak menggapai Piala Malaysia yang diidamkan selama ini," katanya.
Reezal menambah, dia juga tidak merasakan pemain-pemain Negeri Sembilan akan tertekan dengan kehadiran penyokong Kelantan yang akan membanjiri Stadium Nasional malam ini.
Katanya, dua kemenangan yang dicatat Negeri Sembilan apabila berkunjung ke Kelantan pada saingan Liga Super sebelum ini harus dijadikan sebagai pembakar semangat.
"Kejayaan di gelanggang lawan sebelum ini boleh dianggap sebagai tonik terbaik untuk kami menghadapi Kelantan nanti," katanya.
Negeri Sembilan sudah menggapai Piala Malaysia dgn keputusan 3 - 1
Negeri Sembilan julang Piala Malaysia musim ini
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.
Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.

Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.
Latihan yang gigih Negeri Sembilan membuahkan hasil
You can follow any responses to this entry through the RSS 2.0 feed. You can leave a response.
0 Responses