Archives

Juara Gadis Melayu TV9 Musim ke-2






Salam...Tahniah le kpd Fiqa yg telah dinobatkan sebagai ikon Gadis Melayu TV9 Musim ke-2 yg baru melabuhkan tirainya pada 5 November yg lalu....sy xtengok pon final secara lgsung...sempat tgk online ja...Apa2 pon tahniah dan pikullah amanah tersebut sebaik mungkin sebagai gadis Melayu dan yg paling penting sebagai hamba-Nya.  Bertudung itu cantik maka peliharalah dan kekalkanlah.  Persembahan yg menyentuh kalbu...


PROFIL SANG JUARA

Nama Komersial: Fiqa
Umur : 20 tahun
Asal : Parit Buntar, Perak 
Kerjaya : Pelajar IPTA (UKM)
Keunikan dan Kelebihan Diri:
* Seorang yang lemah lembut, bijak berkomunikasi, menyimpan cita-cita menjadi ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.


Tempat Lahir: Kuantan, Pahang
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1985
Tinggi/Berat: 158sm/ 47kg
Adik-beradik: Anak ketiga daripada sembilan beradik
Akademik: Ijazah Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Kedah
Pencapaian: Juara program Gadis Melayu TV9 Musim Pertama








                              

Kursus Asas Penyediaan Masakan Barat

Salam...erm...alhamdulillah sebab dpt mengisi waktu cuti ni dgn aktiviti yg sgt menarik iaitu memasak masakan Barat....perkh...memang best kursus tu...

Tajuk: Kursus Asas Penyediaan Masakan Barat
Tarikh: 06 November 2009
Hari: Jumaat

Lokasi: Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
Pengajar: Pn. Rahanita Abd. Rahman
Menu: Chicken Chop
Peserta: 20 orang pelajar IPDA dari pelbagai kursus pengajian dan juga beberapa ahli pergerakan Belia


erm..gambar2 masa kursus tu insya-Allah akan dimasukkan kemudian.  Boleh tahan la kami budak2 laki buat masakan barat...ada urmph!!!hahaha... satu lagi info baharu yg saya dapat ialah kursus ni boleh disertai oleh sape2 ja yg berminat.  Kalau nak ikut secara personal (persendirian) kena la bayar cket...kos mengikut kursus.  Tapi kalau nak murah @ free anda boleh bergerak atau mendaftar dengan Persatuan/Badan Belia.  Banyak program Belia ni sebenornye...tapi xramai yang tahu...Try le..memang best...

Berminat untuk menyertai kursus pendek di kolej komuniti ambik maklumat ni utk berhubung dengan mereka.

UNIT KURSUS PENDEK
kolej Komuniti Bandar Darulaman

No.  17, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah.
Tel:  (604)-918 2520, (604)-918 2524  Fax: (604)-918 2506

Cawangan Bandar Bahru
No.  1, Jalan Syariah, 34950 Bandar Bahru, Kedah
Tel: 05-716 9539 Fax: 05-716 7610


Cawangan Jerai
Lot 4, Bangunan Kedai 2 Tingkat, Jalan Delima 1, Taman Delima. 
08800 Guar Cempedak, Kedah.
Tel: 04-468 2704


Menu - Chicken Chop

High Protein: Chicken
  1. Isi Ayam - 180 gm
  2. Garam halus - secukup rasa
  3. Paprika (  serbuk cabai/ cili kering) - secukup rasa 
Langkah 1:
  1. Perap ayam dgn garam & paprika
  2. Mulakan dgn proses Standard Bredin Procedure 
Standard Breading Procedure:
  1. Serbuk roti - 30 gm
  2. Tepung gandum - 30 gm
  3. Telur - 1 biji
  4. Minyak - secukupnya
Langkah 2:
  1. ayam yg tlh diperap, kemudian disalut dgn tepung, telur dan serbuk roti
  2. Goreng dalam minyak yg banyak. (jgn masukkan terlalu banyak kepingan ayam yg telah disalut td, ala kadar)
Sayur: Coleslaw
  1. Kobis - 50 gm
  2. Lobak merah - 30 gm
  3. Bawang besar ( Kalau boleh guna bawang holland) - 1/4 labu
  4. Mayonnaise - 100 gm
  5. Susu cair - secukupnya
Langkah 3:
  1. Hiris kobis dan lobak nipis2 (jgn masuk lobak lebih byk dr kobis)
  2. Mayang bawang besar
  3. Gaul dgn mayonnaise dan susu cair
Starch : Mashed Potato
  1. Kentang - 60 gm
  2. Butter - 1 sudu kecil
  3. Garam - secukup rasa
  4. Lada putih - secukup rasa
  5. Fresh milk /cream - sedikit jer
Langkah 4:
  1. Rebus kentang (kalau guna kentang Australia rebus ja skali dgn kulit)
  2. Bila lembut, keluarkan dan lenyek sampai lembut/ hancur/ halus
  3. masukkan whipping cream/ fresh milk (air susu kotak dutch lady tu pun boleh...)
  4. masukkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada. (kalau nak pedas pon la banyak pon...)
Sos:  Mushroom sauce
  1. Sos perang - 100 gm
  2. Mentega - 20 gm
  3. Cendawan butang - 2-3 biji
  4. Bawang putih - 1 ulas
  5. Bawang besar - 1/2 biji
  6. Garam & Air - secukup rasa
  7. Serbuk lada sulah - secukup rasa
  8. Susu cair - 10 ml
Langkah 5:
  1. Sebelum tu kena buat bancuhan sos perang dulu (cara bancuhan sos perang tu hanyalah bancuh dlm satu bekas dan kacau dgn air sejuk )
  2. Panaskan mentega dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yg dicincang
  3. Masukkan cendawan
  4. Masukkan bancuhan sos perang dan biarkan mendidih seketika. (tapi bila dah tuang sos perang kena cepat2 masuk bahan2 lain spt air)
  5. Kacau seketika dan hidang
Chicken cravy
  1. Chicken cravy powder - 2 sudu besar
  2. Air - 1 cawan
  3. Serbuk lada putih - secukup rasa
Langkah 6:
  1. Kacau serbuk chicken powder dgn 1 cawan air (bagi nampak bancuhan tu cair jgn nmpk pekat)
  2. Masukkan dalam kuali. Panaskan
  3. Masukkan serbuk lada
  4. Tuang ke atas kentang putar atau mashed potato tadi
-----------------------SELAMAT MENCUBA--------------------


Kerja Kursus Projek Kajian Sosial Sem.3 (Penternakan Lembu Fidlot)

 

Tugasan Kajian Luar KS kali ni saya dgn 2 owg lagi rakan telah pilih utk buat kajian tentang penternakan lembu fidlot.

Lokasi: Kg. Tempayan Pecah, Simpang. Empat Kerpan, Ayer Itam, Kedah
Pemilik: En. Mohamad Jailani Ishak (Lulusan UPM)

Peranan: Membekalkan lembu/ daging lembu halal kpd orang ramai & menghasilkan bahan ekonomi baharu spt baja kompos 

Maklumat: Jenis baka yg terdapat di tapak penternakan ialah:
  1. Cherolais
  2. Brahman dan;
  3. Kedah-Kelantan 


Pengalaman yg cukup menarik kerana terpaksa berhadapan dgn bau tahi lembu...tengokla muka kawan2ku tue...masam tol..hahahah....



Walaupun tempat tue berbau tetap mahu bergambar....hahaha


Mesra giler lembu2 ni....


Hitam itu menawan...:)


Usha la muka dua orang tue...berkedut-kedut...


Hehe...diorang ambik gambo aku da...pose la cun cket...




Tau x masa nie...lembu belakang tue jilat beg saya...huhu...semua benda dye nk jilat ma...


Ni la taukehnyer...En. Jailani yg khusyuk memberi penerangan kpd kami


Salah seorang pekerja yg dipanggil 'wak' turut memberi kerjasama yg baik kpd kami sepanjang kajian


IPDA LEARNING MANAGEMENT

www.lmsipda.net/lms/  



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, kepada semua warga IPGM Kampus Darulaman anda boleh menyertai laman khusus dicipta oleh JTMK untuk membantu proses P&P dalam subjek tertentu.  Anda juga boleh berkomunikasi dengan pensyarah untuk mendapatkan maklumat.  Antara pensyarah yang telah menyertai laman ini ialah Pn. Azizah (JTMK), En. Yusainy (JPJK) dan ramai lagi.

Ayuh, sama-sama meriahkan laman tersebut.
Jika berminat, hanya klik pada HTML di atas.

Terima Kasih.

Al-Imtihan...

Peperiksaan Menjelma lagi....

Kepada rakan-rakan IPGM Kampus Darulaman terutamanya rakan sekelas PPISMP SEM. 3 PK(BM)/PS/PJ dan rakan-rakan PIAQ/BI/BA Sem.3....

Good Luck
Ma'at Taufiq Wan-Najah...
Selamat Maju Jaya

"Ya Allah, kurniakan padaku fahaman para Nabi, hafazan para Rasul & ilham para Malaikat yang dekat dengan-Mu...." Ameen....

Di hari-hari terakhir....leganya....

Sukan dan Rekreasi 2009

Terima ksih kepada kawan2 yang telah menjayakan tugas AJK Makanan kerana telah bertungkus lumus menjalakan tanggungjawab dengan baik. terima kasih kepada para pensyarah Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPGM Kampus Darulaman yang telah banyak membantu dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat terutamanya Pn. Ruzaini Mohamad Ali.

AJK Makanan: dari kiri Nurul Adliyah, Natasya Amira, Intan Farahana, Faiqah (Pen. Ketua), Sharil Hazri (Ketua), Syamim, Nur Bazilah, Afiqah, Husna Nasiha, dan Siti Sarah bersama pensyarah En. Abu Bakar Abdulloh.