Archives
Amanat kapten N. Sembilan
KAPTEN Reezal Zambery Yahya mahukan rekod bersih yang dicipta Negeri Sembilan sepan- jang kempen Piala Malaysia dikekalkan apabila mereka membuat perhitungan dengan Kelantan pada final di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam ini.
Reezal berkata, dia sudah bertekad untuk membawa Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini.
"Kami tidak boleh mensia-siakan peluang keemasan ini untuk menutup musim 2009 dengan kejayaan.
"Ini merupakan medan terbaik buat pemain- pemain Negeri Sembilan membuktikan mereka layak menggapai Piala Malaysia yang diidamkan selama ini," katanya.
Reezal menambah, dia juga tidak merasakan pemain-pemain Negeri Sembilan akan tertekan dengan kehadiran penyokong Kelantan yang akan membanjiri Stadium Nasional malam ini.
Katanya, dua kemenangan yang dicatat Negeri Sembilan apabila berkunjung ke Kelantan pada saingan Liga Super sebelum ini harus dijadikan sebagai pembakar semangat.
"Kejayaan di gelanggang lawan sebelum ini boleh dianggap sebagai tonik terbaik untuk kami menghadapi Kelantan nanti," katanya.
Negeri Sembilan sudah menggapai Piala Malaysia dgn keputusan 3 - 1
Negeri Sembilan julang Piala Malaysia musim ini
KUALA LUMPUR: Negeri Sembilan menjulang Piala Malaysia musim ini selepas menewaskan Kelantan 3-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.
Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.
Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.
Hasrat Kelantan untuk mendakap Piala Malaysia musim ini musnah apabila Shahurain Abu Samah meletakkan Negeri Sembilan di hadapan pada separuh masa pertama.
Negeri Sembilan meneruskan rentak cemerlang pasukan itu apabila mendapatkan gol kedua hasil jaringan Hairuddin Omar selepas beberapa minit permainan separuh masa kedua mula.
Asakan demi asakan barisan serangan pasukan Hoben Jang Hoben itu terus membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan sepakan penalti yang disempurnakan pemain kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.
Kelantan yang terus mencari gol selepas itu hanya mampu mendapatkan satu jaringan daripada sepakan percuma kapten pasukan mereka, Indra Putra Mahayuddin.
Latihan yang gigih Negeri Sembilan membuahkan hasil
Ha....drama bersiri di TV3 yg dahulunya ramai kurang tertarik, tapi skang ni kawan sy dah kena 'virus' Nur Kasih dah....ramai yg meluat watak Sarah...maknanya lakonan owg berkesan la nmpaknya...jaga2 kadang2 owg meluat fanatik mereka benci sampai ke luar drama......Pelbagai konflik yg berlaku menjadika drama ni HOT!!! dan seronok utk ditonton...jgn terlepas peluang saksikan Nur Kasih setiap Jumaat jam 9.00 malam ...dengarnya orang Singapore pun sudah jadi 'gila' kena serangan 'virus' Khabir Bhatia...sekali tegok ada owg yg susah nk bangun dr tempat duduk...
Kepada mereka yg singgah ke laman ini...apa pandangan anda mengenai drama ini?
Tajuk: Kursus Penghasilan Ban dan Pizza
Tarikh: 07/1/2009
Hari: Sabtu
Tempat: Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
Pengajar: Pn. Shamsiah
Kehadiran: 30 orang
Ha....kali ni kami p lg kursus memasak. Kali ni masak ban n pizza plak...syoknye ikot kursus ni di Kolej Komuniti ni adalah kita boleh buat sekali bukan macam sesetengah kursus memasak tu kita hanya jd pemerhati saja bukannye sebagai tukang masak...erm...kalau 6/11/2009 hari tu kami masak sama2 kami ja, kali ni kami masak dengan mak cik2....lagi kecoh dapur tue...maklumlah tengok kerenah diorang mencuit hati....hahahaha...Cikgu yg ajar buat ban n pizza kali ni namanya Pn. Shamsiah yg juga bekas peserta kursus pendek di Kolej Komuniti dan kini sudah mempunyai perniagaan sendiri dan secara tidak langsung kini menjadi sebahagian tenaga pengajar di Kolej Komuniti Bandar Darulaman....Siapa kata owg laki2 xpandai masak...silap la tu..koz bila tgk balik ban2 yg ciap, ban kumpulan kami yg terdiri dr 6 org budak lagi n sorang kak yg bernama Kak Shatirah...budak pompuan lain banyaknya amik ban kami utk bergambor...hahaha...sempoi tuh..
Nama Penuh: Siti Nur Syafiqa Amirol Melvin
Nama Komersial: Fiqa
Umur : 20 tahun
Asal : Parit Buntar, Perak
Kerjaya : Pelajar IPTA (UKM)
Keunikan dan Kelebihan Diri:
* Seorang yang lemah lembut, bijak berkomunikasi, menyimpan cita-cita menjadi ahli biologi dan personaliti tv yang berjaya.
Tarikh Lahir: 15 Ogos 1985
Tinggi/Berat: 158sm/ 47kg
Adik-beradik: Anak ketiga daripada sembilan beradik
Akademik: Ijazah Komunikasi, Universiti Utara Malaysia, Kedah
Pencapaian: Juara program Gadis Melayu TV9 Musim Pertama
Salam...erm...alhamdulillah sebab dpt mengisi waktu cuti ni dgn aktiviti yg sgt menarik iaitu memasak masakan Barat....perkh...memang best kursus tu...
Tajuk: Kursus Asas Penyediaan Masakan Barat
Tarikh: 06 November 2009
Hari: Jumaat
Lokasi: Kolej Komuniti Bandar Darulaman, Jitra, Kedah
Pengajar: Pn. Rahanita Abd. Rahman
Menu: Chicken Chop
Peserta: 20 orang pelajar IPDA dari pelbagai kursus pengajian dan juga beberapa ahli pergerakan Belia
Peserta: 20 orang pelajar IPDA dari pelbagai kursus pengajian dan juga beberapa ahli pergerakan Belia
Berminat untuk menyertai kursus pendek di kolej komuniti ambik maklumat ni utk berhubung dengan mereka.
UNIT KURSUS PENDEK
kolej Komuniti Bandar Darulaman
kolej Komuniti Bandar Darulaman
No. 17, Bandar Darulaman Jaya, 06000 Jitra, Kedah.
Tel: (604)-918 2520, (604)-918 2524 Fax: (604)-918 2506
Cawangan Bandar Bahru
No. 1, Jalan Syariah, 34950 Bandar Bahru, Kedah
Tel: 05-716 9539 Fax: 05-716 7610
Cawangan Jerai
Lot 4, Bangunan Kedai 2 Tingkat, Jalan Delima 1, Taman Delima.
08800 Guar Cempedak, Kedah.
Tel: 04-468 2704
Menu - Chicken Chop
High Protein: Chicken
- Isi Ayam - 180 gm
- Garam halus - secukup rasa
- Paprika ( serbuk cabai/ cili kering) - secukup rasa
Langkah 1:
- Perap ayam dgn garam & paprika
- Mulakan dgn proses Standard Bredin Procedure
Standard Breading Procedure:
- Serbuk roti - 30 gm
- Tepung gandum - 30 gm
- Telur - 1 biji
- Minyak - secukupnya
- ayam yg tlh diperap, kemudian disalut dgn tepung, telur dan serbuk roti
- Goreng dalam minyak yg banyak. (jgn masukkan terlalu banyak kepingan ayam yg telah disalut td, ala kadar)
- Kobis - 50 gm
- Lobak merah - 30 gm
- Bawang besar ( Kalau boleh guna bawang holland) - 1/4 labu
- Mayonnaise - 100 gm
- Susu cair - secukupnya
- Hiris kobis dan lobak nipis2 (jgn masuk lobak lebih byk dr kobis)
- Mayang bawang besar
- Gaul dgn mayonnaise dan susu cair
- Kentang - 60 gm
- Butter - 1 sudu kecil
- Garam - secukup rasa
- Lada putih - secukup rasa
- Fresh milk /cream - sedikit jer
- Rebus kentang (kalau guna kentang Australia rebus ja skali dgn kulit)
- Bila lembut, keluarkan dan lenyek sampai lembut/ hancur/ halus
- masukkan whipping cream/ fresh milk (air susu kotak dutch lady tu pun boleh...)
- masukkan sedikit garam dan sedikit serbuk lada. (kalau nak pedas pon la banyak pon...)
- Sos perang - 100 gm
- Mentega - 20 gm
- Cendawan butang - 2-3 biji
- Bawang putih - 1 ulas
- Bawang besar - 1/2 biji
- Garam & Air - secukup rasa
- Serbuk lada sulah - secukup rasa
- Susu cair - 10 ml
- Sebelum tu kena buat bancuhan sos perang dulu (cara bancuhan sos perang tu hanyalah bancuh dlm satu bekas dan kacau dgn air sejuk )
- Panaskan mentega dalam kuali, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar yg dicincang
- Masukkan cendawan
- Masukkan bancuhan sos perang dan biarkan mendidih seketika. (tapi bila dah tuang sos perang kena cepat2 masuk bahan2 lain spt air)
- Kacau seketika dan hidang
- Chicken cravy powder - 2 sudu besar
- Air - 1 cawan
- Serbuk lada putih - secukup rasa
- Kacau serbuk chicken powder dgn 1 cawan air (bagi nampak bancuhan tu cair jgn nmpk pekat)
- Masukkan dalam kuali. Panaskan
- Masukkan serbuk lada
- Tuang ke atas kentang putar atau mashed potato tadi
Tugasan Kajian Luar KS kali ni saya dgn 2 owg lagi rakan telah pilih utk buat kajian tentang penternakan lembu fidlot.
Lokasi: Kg. Tempayan Pecah, Simpang. Empat Kerpan, Ayer Itam, Kedah
Pemilik: En. Mohamad Jailani Ishak (Lulusan UPM)
Peranan: Membekalkan lembu/ daging lembu halal kpd orang ramai & menghasilkan bahan ekonomi baharu spt baja kompos
Maklumat: Jenis baka yg terdapat di tapak penternakan ialah:
Peranan: Membekalkan lembu/ daging lembu halal kpd orang ramai & menghasilkan bahan ekonomi baharu spt baja kompos
Maklumat: Jenis baka yg terdapat di tapak penternakan ialah:
- Cherolais
- Brahman dan;
- Kedah-Kelantan
Pengalaman yg cukup menarik kerana terpaksa berhadapan dgn bau tahi lembu...tengokla muka kawan2ku tue...masam tol..hahahah....
Walaupun tempat tue berbau tetap mahu bergambar....hahaha
Mesra giler lembu2 ni....
Hitam itu menawan...:)
Usha la muka dua orang tue...berkedut-kedut...
Hehe...diorang ambik gambo aku da...pose la cun cket...
Tau x masa nie...lembu belakang tue jilat beg saya...huhu...semua benda dye nk jilat ma...
Ni la taukehnyer...En. Jailani yg khusyuk memberi penerangan kpd kami
Salah seorang pekerja yg dipanggil 'wak' turut memberi kerjasama yg baik kpd kami sepanjang kajian
Ayuh, sama-sama meriahkan laman tersebut.
Jika berminat, hanya klik pada HTML di atas.
Terima Kasih.
Peperiksaan Menjelma lagi....
Kepada rakan-rakan IPGM Kampus Darulaman terutamanya rakan sekelas PPISMP SEM. 3 PK(BM)/PS/PJ dan rakan-rakan PIAQ/BI/BA Sem.3....
Good Luck
Ma'at Taufiq Wan-Najah...
Selamat Maju Jaya
"Ya Allah, kurniakan padaku fahaman para Nabi, hafazan para Rasul & ilham para Malaikat yang dekat dengan-Mu...." Ameen....